Berita UtamaPendapat

Laporan kajian UEC tak layak dibentang kepada KPM

Sila teliti latar belakang Eddin Khoo, M Raimi,  Tan Yew Sing

LAPORAN akhir kajian UEC oleh Pasukan Petugas Dasar yang mengkaji dasar Sijil Peperiksaan Bersepadu (PPDUEC) tidak layak dibentangkan dan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pertama, pasukan ini tidak bebas. Ini kerana, Menteri Pendidikan ketika itu, melantik Timbalan Pengerusi Dong Zong, Tan Yew Sing, sebagai salah seorang daripada tiga ahli panel yang dilantik. Inilah kesilapan besar ketika itu yang melantik orang yang berkepentingan dalam PPDUEC.

Semua orang tahu Sekolah Persendirian Cina dipunyai oleh Dong Zong. Dong Zong juga yang mengeluarkan sijil UEC.

Bagaimana orang yang sangat berkepentingan boleh dimasukkan dalam panel kajian?

Ketika temubual berjalan, berlaku perdebatan antara saya dengan Tan Yew Sing ketika itu, apabila beliau bersikap sangat defensif terhadap UEC.

Pelik sekali, bagaimana beliau boleh dilantik menganggotai PPDUEC. Jika beliau dilantik sebagai responden, saya tidak ada masalah.

Untuk makluman, penubuhan pasukan petugas itu dibuat berdasarkan keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri pada 29 Ogos 2018 dan diumumkan Menteri Pendidikan ketika itu, Dr Maszlee Malik.

Selain Khoo sebagai pengerusi, ia turut dianggotai Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Mohamad Raimi Ab Rahim; dan Timbalan Pengerusi, Dong Zong, Tan Yew Sing.

Kedua, tersangat pelik, kenapa hanya tiga orang yang dilantik dalam PPDUEC ini.

Lagi pelik, mereka yang dilantik bukan terdiri dalam dalam kalangan ‘pakar’ dalam bidang pendidikan, yang mengkaji secara mendalam isu pendidikan Cina dan pendidikan kebangsaan di Malaysia.

Sila teliti latar belakang tiga ahli PPDUEC ini, Eddin Khoo, M Raimi Ab Rahim, dan Tan Yew Sing.

Ketiga, laporan akhir masih belum dibentangkan kepada panel-panel terpilih (responden) yang telah ditemuduga, walaupun pasukan ini telah berjanji untuk membentangkan sekali lagi kepada kami, selepas sesi ‘town hall’ yang pertama.

Sebelum ini ada dibuat ‘town hall’ selepas sesi temubual selesai, tetapi pihak kami telah menyarankan supaya laporan akhir dibentangkan sekali lagi dihadapan kami, bagi memastikan apa yang dilaporkan nanti itu benar.

Malangnya, tidak ada ‘town hall’ kedua dibuat.

Tiba-tiba, semalam pengerusinya, Eddin Khoo berkata, pihaknya mahu menyerahkan laporan tersebut kepada KPM Ogos ini. Mana boleh perkara semacam ini dilakukan.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button