Berita Utama

2 PTI warga Indonesia ditangkap di Kota Tinggi, Johor

Ditahan pada 6.20 pagi sedang bersembunyi di sebalik batu besar

KUALA LUMPUR, 1 Zulhijjah 1441H, Rabu – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan dua pendatang tanpa izin (PTI) warga Indonesia di pesisiran pantai Ladang Sg. Tengah, Kota Tinggi, Johor, awal pagi ini.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Kem Terendak Melaka dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kedua-dua individu itu ditahan pada 6.20 pagi oleh pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) ketika menjalankan Op Benteng.

“Anggota petugas di Pos Pemerhati, Kompeni A, 1 RRD telah mengesan dua orang dipercayai warga asing sedang bersembunyi di sebalik batu besar dengan menggunakan alat bantuan penglihatan malam (Night Vision Goggles,” menurut kenyataan itu.

Turut dirampas, wang tunai RM5,169 dan 3.85 juta rupiah (RM560) serta dua buah telefon bimbit.

Kedua-dua PTI itu diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai untuk tindakan lanjut sebelum menjalani ujian COVID-19.

Menurut kenyataan itu, pasukan penguat kuasa giat meneruskan pencarian di kawasan sekitar Ladang Sg. Tengah bagi mengesan saki-baki PTI dan tekong yang dipercayai masih berada di kawasan itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button