Berita Utama

Muhyiddin, Tengku Zafrul antara miliki aset tertinggi

57 daripada 70 anggota pentadbiran sudah isytihar harta

BANGI, 1 Zulhijjah 1441H, Rabu – Orang ramai boleh mengakses maklumat perisytiharan harta anggota pendtadbiran mulai hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, maklumat berkenaan boleh diakses menerusi portal mydeclaration.sprm.gov.my.

“Sehingga kini, SPRM telah menerima dan memaparkan maklumat harta melibatkan 57 daripada 70 anggota pentadbiran kerajaan terdiri daripada Perdana Menteri, menteri kanan, menteri dan timbalan menteri,” katanya.

Agensi itu berkata, pihaknya tidak akan bertanggungjawab terhadap maklumat perisytiharan harta yang diperolehi atau diambil dari mana-mana sumber selain daripada portal berkenaan.

Portal itu memaparkan jumlah aset tertinggi melebihi 10 juta milik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain aset dimiliki Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Maximus Ongkili; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Timbalan menteri yang mempunyai aset dalam jumlah sama ialah Datuk Hajah Hanifah Hajar Taib, Datuk Kamarudin Jaafar, Senator Datuk Lim Ban Hong, Ahmad Amzad Mohamed, Datuk Dr Jeffrey Ketingan dan Datuk Seri Dr Santhara Kumar.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close