Berita UtamaDunia

Pelitup hasil tangan buruh paksa Uyghur dijual di Australia

Permintaan meningkat susulan keputusan wajibkan pemakaian pelitup

CANBERRA, 1 Zulhijjah 1441H, Rabu – Pelitup muka yang dihasilkan di sebuah kilang di China menggunakan buruh paksa etnik Islam Uyghur telah dipasarkan ke Australia.

The Guardian melaporkan, perkara berkenaan terbongkar apabila pelitup muka di Australia mendapat permintaan tinggi, setelah pihak berkuasa Victoria mewajibkan penggunaannya di Melbourne dan Mitchell Shire.

Sekurang-kurangnya 200,000 pelitup muka dihasilkan di syarikat Hubei Haixin Protective Products Group Co Ltd di China, yang turut dihantar kepada beberapa pengedar di Australia telah dipertikaikan.

Difahamkan, berkemungkinan para pengguna secara tidak sengaja membeli pelitup yang dihasilkan oleh buruh paksa.

Sementara itu, pakar memberi amaran kepada pengedar topeng muka, pemerintah dan pengguna untuk memastikan mereka tidak menggunakan pelitup dikeluarkan di kilang yang menggunakan buruh paksa Uyghur.

Awal tahun ini, Institut Dasar Strategik Australia mengenal pasti beberapa kilang yang terbabit dalam program buruh paksa melibatkan 80,000 etnik Uyghur.

Laporan itu membuktikan beberapa buruh Uyghur telah dihantar jauh dari rumah mereka untuk dipaksa bekerja di kilang-kilang seluruh China antara tahun 2017 hingga 2019.

Malah, laporan turut menyatakan etnik berkenaan dipaksa bekerja dengan pengawasan berterusan, larangan untuk beribadat, kebebasan pergerakan terbatas, paksaan untuk menyanyikan lagu kebangsaan, pengibaran bendera dan mengikuti kelas bahasa Mandarin.

Pada masa sama, The Guardian turut melaporkan, kira-kira dua syarikat Australia telah membeli stok pelitup dari Hubei Haixin bagi pengedaran tempatan.

Kedua-dua syarikat itu mendakwa, mereka tidak menyedari penggunaan buruh paksa Uyghur dalam menghasilkan pelitup, malah menyatakan keprihatinan mereka ke atas menindasan itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close