Berita UtamaDunia

Akibat kebuluran, kanak-kanak 10 tahun hanya 9 kilogram

Bantuan makanan di Yaman akan dihentikan akhir bulan Ogos

SANA’A, 2 Zulhijjah 1441H, Khamis – Seorang kanak-kanak di Yaman hanya mencapai berat badan sembilan kilogram pada usia sepuluh tahun.

Menerima nasib malang sama seperti kanak-kanak lain di negara itu, Hassan Merzam Muhammad yang kekurangan zat makanan juga kini tidak lagi dapat berjalan.

“Anak saya sakit dan saya tidak tahu ke mana harus saya bawanya. Dia demam dan saya tiada apa-apa untuk merawat.

“Bahkan, saya juga tidak dapat minum air,” kata ibu Hassan, Zainah Muhammad yang juga menanggung enam lagi adik-beradiknya.

Keluarga Hassan kini menetap di salah satu wilayah termiskin tanpa sebarang pendapatan.

“Pesawat perang berlegar-legar di udara dan senjata Houthi berada berdekatan. Malah, kami tidak boleh ke mana-mana,” kata Zainah.

Jururawat Makieh al-Aslami berkata: “Hassan tidak mempunyai masalah kesihatan, tetapi masalah utamanya adalah kelaparan.

“Seperti semua kanak-kanak lain, dia perlu bermain dan bersekolah. Namun, nampaknya dia seperti berada di dalam ‘sangkar’ apabila lapar sehingga meningkatkan kemurungan.”

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu melaporkan Yaman kembali ke situasi kebuluran pada tahap membimbangkan.

Kawalan pergerakan akibat COVID-19, kekurangan wang, banjir serta kekurangan dana telah memburukkan lagi keadaan di negara itu yang kebanyakan rakyatnya mengalami kebuluran.

Tambahan pula, perang berterusan di negara itu selama lima tahun.

Keganasan yang muncul dalam beberapa minggu terakhir ini telah mencederakan dan membunuh orang awam, meskipun PBB menggesa pihak yang berperang untuk melakukan perdamaian.

PBB pada akhir tahun 2018 memberi amaran bahawa kebuluran pada masa akan datang mendorong peningkatan bantuan setelah Program Makanan Dunia memakan AS$13 juta sebulan.

Sementara itu, bantuan makanan untuk 2.5 juta kanak-kanak yang mula dikurangkan pada April lalu akan dihentikan pada akhir bulan Ogos ini. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close