COVID-19: Sembilan kes positif babitkan 6 penularan dalam negara
Jumlah kumulatif kes sebanyak 8,840, kebolehjangkitan 143

PUTRAJAYA, 2 Zulhijjah 1441H, Khamis – Sebanyak sembilan kes baharu positif COVID-19 membabitkan enam kes penularan dalam negara dilaporkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 8,840 kes dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan virus itu 143 kes.
“Daripada enam kes penularan dalam negara, empat kes adalah dalam kalangan warga Malaysia manakala dua kes melibatkan bukan warganegara,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
“Kes jangkitan dalam negara dalam kalangan bukan warganegara pula dikesan di Sabah melalui saringan sebelum dibebaskan dari penjara dan satu kes di Kelantan iaitu saringan tahanan di penjara sebelum dipindahkan ke Depot Tahanan Imigresen (DTI),” katanya. -Bernama