Berita UtamaDunia

Kes COVID-19 dunia 15 juta

AS kekal negara paling teruk terjejas, diikuti Brazil

WASHINGTON, 2 Zulhijjah 1441H, Khamis – Jangkitan pandemik COVID-19 di seluruh dunia sudah mencecah 15 juta kes, lapor Johns Hopkins University yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Data terbaharu menunjukkan Jumlah kumulatif kematian global akibat wabak ini lebih 618,000 kes.

Statistik Johns Hopkins University juga menunjukkan angka kematian global meningkat lebih 7,000 kes dalam tempoh 24 jam.

AS kekal negara paling teruk terjejas dengan 3.93 juta kes positif direkodkan, diikuti Brazil dengan kes positif jangkitan sebanyak 2.15 juta.

Manakala sebelas negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 iaitu United Kingdom (UK), Arab Saudi, Perancis, Iran, Sepanyol, Pakistan, Itali, Turki, Jerman, Bangladesh dan Colombia.

Tiga lagi negara merekodkan angka positif melebihi 100,000 ialah Argentina, Kanada dan Qatar.

Selain itu, Afrika Selatan, Mexico, Peru dan Chile pula masing-masing sudah melepasi angka 300,000 kes positif COVID-19. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button