Lapan warga asing kaut untung RM1.8 juta hasil sindiket judi
Serbuan pertama babitkan rampasan 3 komputer, 7 telefon pintar

KUCHING, 2 Zulhijjah 1441H, Khamis – Polis menumpaskan sindiket judi dalam talian yang mengaut keuntungan sebanyak RM1.8 juta daripada hasil judi sejak enam bulan lepas, setelah menyerbu dua premis di sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Dennis Leong berkata, dalam serbuan bermula 9 pagi itu, sembilan suspek iaitu lapan warga asing dan seorang lelaki tempatan ditahan.
“Dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Stampin Baru, tiga wanita asing berumur 21 hingga 26 tahun ditahan serta tiga unit komputer dan tujuh telefon pintar dirampas.
Leong berkata polis turut merampas empat unit komputer dan empat telefon pintar di kondominium itu dan beliau percaya, sindiket ini menggunakan dua premis terbabit sebagai pusat panggilan untuk menerima pertaruhan antara RM8,000 hingga RM10,000 setiap hari.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. -Bernama