Berita Utama

Lebih sejuta desak Google masuk semula Palestin dalam peta

Dakwa Palestin tak wujud penghinaan berat kepada seluruh rakyat

BANGI, 2 Zulhijjah 1441H, Khamis – Lebih satu juta orang dari seluruh dunia telah menurunkan tandatangan mendesak Google memasukkan Palestin di dalam petanya.

Setakat jam 4 petang, petisyen atas talian ‘GOOGLE: Put Palestine On Your Maps!’ yang dilancarkan aktivis pro-Palestin di laman web change.org. berjaya mengumpulkan 1,084,796 tandatangan.

“Menurut Google, Palestin tidak wujud. Peninggalan Palestin adalah penghinaan yang amat berat bagi rakyat dan melemahkan usaha berjuta-juta orang yang terbabit dalam kempen untuk menjamin kemerdekaan dan kebebasan Palestin dari penjajahan dan penindasan Israel.

“Ini adalah masalah penting, kerana Peta Google kini dianggap pasti oleh rakyat di seluruh dunia, termasuk wartawan, pelajar dan lain-lain yang melakukan penyelidikan mengenai keadaan Israel-Palestin.

“Sama ada secara sengaja atau tidak, Google seolah-olah terbabit dalam pembersihan etnik kerajaan Israel terhadap Palestin,” kata jurucakap petisyen berkenaan, Zak Martin.

Sebelum ini, syarikat teknologi terkemuka Google menjadi sasaran netizen apabila didakwa memadam nama ‘Palestin’ dalam aplikasi Google Maps milik syarikat itu.

Mereka turut mempertikaikan tindakan syarikat itu mengekalkan nama negara yang sejak puluhan tahun ‘menjarah’ tanah Palestin iaitu Israel.

Palestin diiktiraf oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan 136 anggotanya sebagai negara merdeka, tetapi tidak di Amerika Syarikat di mana terletaknya ibu pejabat Apple dan Google.

‘Penghapusan’ itu secara kebetulan berlaku selepas Presiden Israel, Benjamin Netanyahu berjanji untuk merampas beberapa wilayah di Tebing Barat.

Ancaman tersebut telah mencetuskan kritikan global dengan banyak negara menyebutnya sebagai ‘pelanggaran hak asasi manusia’.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button