Berita Utama

Bapa didakwa rogol, lacur anak

8 ditahan bagi bantu siasatan mengikut ATIPSOM

KUALA LUMPUR, 3 Zulhijjah 1441H, Jumaat – Dua lagi lelaki termasuk seorang warga tempatan disyaki menjadi pelanggan dalam kes bapa merogol dan melacur anak perempuannya di Kajang telah ditahan, menjadikan jumlah lapan orang ditahan sehingga kini berhubung kes itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata kesemua mereka akan disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Beliau berkata kesemua suspek yang berusia antara 25 hingga 42 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang esok bagi tujuan permohonan reman baharu susulan siasatan di bawah ATIPSOM itu.

“Kertas siasatan telah dibincangkan bersama Timbalan Pendakwa Raya Selangor dengan cadangan untuk tindakan diambil di bawah Akta Anti Pemerdagangan Manusia (ATIPSOM) 2007 di samping Kanun Keseksaan dan dipersetujui,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan bapa mangsa yang merupakan seorang warga tempatan dan lima lelaki warga asing telah ditahan dan direman bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan di bawah Seksyen 376B dan 372 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016).

Fadzil berkata kesemua suspek ditahan secara berperingkat susulan laporan diterima daripada mangsa yang mendakwa telah dirogol sejak berusia 10 tahun, dan turut dilacurkan bapa kandungnya pada pertengahan 2019 hingga Februari lepas. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close