Berita Utama

Guna tulisan Jawi, PDRM ajak masyarakat cegah COVID-19

‘Bersama kita putuskan rantaian COVID-19’

BANGI, 3 Zulhijjah 1441H, Jumaat – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyahut seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk memartabatkan tulisan Jawi.

Dengan menggunakan tulisan berkenaan di akaun Facebook rasminya, PDRM mengajak orang ramai memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam.

“Pastikan anda sentiasa memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam. 

“Bersama kita putuskan rantaian COVID-19,” tulisnya dengan tanda pagar Hari Jawi.

Minggu lalu, Dr Zulkifli mengumumkan, kempen ‘Hari Jumaat Hari Jawi’ sebagai usaha memartabatkan tulisan tersebut.

Kempen berkenaan dimulakan dengan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggunakan kepala surat rasmi tulisan Jawi bagi urusan bermula 10 Julai 2020.

Dr Zulkifli juga menyeru semua pihak terutamanya pihak kementerian, jabatan, agensi dan badan kerajaan untuk memperluaskan penggunaan tulisan Jawi di kesemua platform media sosial sebagai satu usaha memelihara warisan negara itu. 

Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat turut diajak menyokongnya agar usaha ini dapat dilakukan bersama-sama oleh seluruh lapisan masyarakat.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close