Berita UtamaDunia

Pengganas Israel roboh pusat ujian COVID-19 Palestin

Tebing Barat sedang berjuang bendung gelombang kedua penularan

TEBING BARAT, 3 Zulhijjah 1441H, Jumaat – Pasukan rejim pengganas Israel merobohkan pusat ujian coronavirus Palestin di pintu masuk kota Hebron di Tebing Barat yang diduduki, lapor Agensi Anadolu.

Kekejaman ini berlaku sehari selepas tentera Israel merobohkan pusat pemeriksaan keselamatan Palestin yang dibina di pintu masuk kota Jenin untuk menjalankan ujian COVID-19.

Pembinaan fasiliti itu, yang dirancang untuk membendung penyebaran wabak di kota itu dan dijadikan sebagai pusat kuarantin pesakit COVID-19, bermula hampir tiga bulan lalu.

Ketika struktur bangunan hampir selesai, jentolak Israel memusnahkannya. 

Hebron menyaksikan kes terburuk di Tebing Barat, yang telah berjuang selama dua minggu terakhir untuk mengatasi gelombang kedua jangkitan COVID-19. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button