Berita UtamaDunia

Raja Salman selamat jalani pembedahan hempedu

Penjaga Dua Masjid Suci ucap terima kasih doa keselamatannya

RIYADH, 3 Zulhijjah 1441H, Jumaat – Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz selamat menjalani pembedahan mengeluarkan hempedu, semalam lapor agensi berita Saudi Press Agency (SPA), memetik kenyataan Istana Diraja.

“Baginda menjalani pembedahan laparaskopik untuk membuang hempedu hari ini di Hospital Pakar Raja Faisal di Riyadh,” kata pihak istana menerusi satu kenyataan.

Penjaga Dua Masjid Suci itu akan berada di Hospital Pakar King Faisal sebagai sebahagian daripada rancangan pemulihan pasukan perubatan, menurut SPA.

Raja Salman mengucapkan, penghargaan kepada semua yang menghubunginya termasuk para pemimpin Islam yang bertanya keadaan serta mendoakan keselamatannya.

Raja Salman dimasukkan ke hospital di Riyadh untuk pemeriksaan perubatan pada hari Isnin lalu.

Agensi berita negeri melaporkan, baginda dibawa ke hospital susulan radang pada hempedunya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close