Berita UtamaPendapat

Solat Jumaat pertama di Masjid Aya Sofia, hari kemenangan Islam

Turki telah ubah status Masjid Aya Sofia sebagai muzium pada 1935

MULAI sekarang, kita akan memasuki Aya Sofia bukan lagi dengan sekeping tiket, tetapi dengan berwudhu’!”

Jumaat 3 Zulhijjah bersamaan 25 Julai 2020 adalah antara hari-hari bersejarah bagi umat Islam.

Antara 532 dan 537 SM, Aya Sofia dibina sebagai sebuah gereja terbesar (Cathedral) atas arahan Justinian, Maharaja Empayar Bizantium (Byzantine).

1000 tahun kemudian (1453), kota Konstantinople jatuh ke tangan umat Islam di bawah pimpinan Sultan Muhammad Al Fatih, Khalifah Uthmaniyah.


Aya Sofia bertukar menjadi masjid dan menjadi model kepada masjid-masjid lain seperti Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru di Istanbul), Masjid Sehzade, Masjid Suleymaniye dan Masjid Rustem Pasha.

Maha benarlah sabda Rasulullah s.a.w:

لَتُفْتَحَنَّ الْقُسْطَنْطِينِيَّةُ، فَلَنِعْمَ الأَمِيرُ أَمِيرُهَا، وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُ

“Sungguh Kostantinopel akan dibebaskan, sebaik–baik amir adalah amirnya dan sebaik–baik pasukan adalah pasukan tersebut,”

Selama lebih 500 tahun, Aya Sofia adalah masjid bagi umat Islam Turki.

Pada tahun 1935, kerajaan Turki moden di bawah pimpinan Mustafa Kamal telah mengubah status masjid Aya Sofia kepada sebuah muzium.

Pada 10 Julai 2020 bersamaan 19 Zulkaedah, Aya Sofia dikembalikan kepada fungsi asalnya sebagai sebuah masjid.

Kini dan pada hari ini, solat Jumaat yang pertama sejak menjadi muzium, Masjid Aya Sofia akan didirikan dan dipenuhi puluhan ribu umat Islam Turki untuk mendengar Khutbah dan Solat Juma’at yang cukup bersejarah dan paling bermakna.

Meskipun keputusan bersejarah ini dibantah dan diterima dengan penuh kebencian oleh musuh-musuh umat Islam di Barat dan Timur, (dan tidak ketinggalan oleh segelintir umat Islam yang sudah rosak pemikiran mereka), ia adalah satu berita gembira yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia.

Hakikat bahawa Solat Jumaat pertama di Aya Sofia akan didirikan dalam bulan Zulhijjah yang diberkati ini telah melipatgandakan kegembiraan bagi umat Islam dan seharusnya disyukuri dengan Tahmid, Tahlil dan Takbir.

Allahu Akbar Walillahil Hamd!

Pembebasan Masjid Al Aqsa.

Kegembiraan ini bagaimanapun tidak akan melalaikan kita semua dari mengingati akan Masjid Al Aqsa yang masih lagi dijajah oleh tentera pengganas Zi*nis Isr*el yang terkutuk itu.

Pembebasan Masjid Al Aqsa tetap menjadi keutamaan buat umat Islam.

#MasjidAyaSofia
#PembebasanMasjidAlAqsa

Pengerusi Ikatan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (iPeguam)
Mohd Luttfi Abd Khalid

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.


*************
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/07/714280/presiden-turki-dijangka-tunai-solat-jumaat-pertama-di-hagia-sophia

https://iluminasi.com/bm/sejarah-hagia-sophia-di-turki-gereja-yang-kini-kembali-bergelar-masjid.html

Inside the Majestic Hagia Sofia – In Pictures

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close