Berita UtamaDunia

Syarikat gergasi tolak produk buruh paksa Uyghur

Berhati-hati urusan dengan pembekal, tak mahu terpalit kontroversi

NEW YORK, 3 Zulhijjah 1441H, Jumaat – Syarikat gergasi dunia terus menerima pelbagai gesaan, bagi memutuskan hubungan dengan pembekal barangan yang didakwa menggunakan tenaga buruh paksa etnik Uyghur.

Para aktivis sebelum ini melancarkan kempen bagi membantah syarikat-syarikat yang menyokong dan mendapat keuntungan hasil daripada ekploitasi kumpulan etnik minoriti di China itu.

Selain itu, Amerika Syarikat (AS) juga telah meningkatkan tekanan ekonomi dan memberi amaran kepada syarikat-syarikat di negara itu untuk tidak melakukan sebarang aktiviti perniagaan di Xinjiang, berikutan penyalahgunaan buruh paksa Uyghur.

Syarikat Nike berkata, pihaknya kerap berhubung dengan pembekal di China bagi memastikan ia tidak terbabit dengan perniagaan memaksa etnik Uyghur bekerja.

Nike menafikan, ia mendapat sebarang bekalan barangan dari Xinjiang – yang menempatkan majoriti penduduk Uyghur dan kilang-kilang yang menggunakan tenaga buruh paksa etnik itu.

Selain itu, Apple Inc. turut mendakwa, syarikat itu telah menyiasat penyalahgunaan buruh paksa terbabit.

Syarikat itu berkata, pihaknya tidak menemui sebarang bukti bahawa terdapatnya penggunaan buruh paksa dalam penghasilan produk Apple selain merancang untuk terus memantau perkara itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button