Berita Utama

Ubah imej sekular, musuh Islam tak senang perubahan Turki?

Ada kemungkinan musuh miliki rancangan jahat terhadap Erdogan

BANGI, 4 Zulhijjah 1441H, Sabtu – Naib Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin memberi amaran, musuh pastinya tidak akan senang dengan perkembangan di Turki sejak kebelakangan ini

Beliau juga tidak menolak kemungkinan musuh akan meneruskan rancangan jahat terhadap Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan serta pihak yang cuba mengubah imej sekular negara berkenaan.

“Saya pasti pihak musuh sama ada dari dalam mahu pun di luar negara tidak akan senang dengan apa yang berlaku dan akan meneruskan rancangan jahat mereka terhadap Erdogan dan sesiapa juga yang cuba untuk mengubah wajah dan hala tuju Turki sekular Kemalis.

“Semoga Islam akan terus dimartabatkan dan umat ini akan bergerak cemerlang di masa depan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sebelum ini, Erdogan mengumumkan bangunan ikonik Hagia Sophia di Istanbul, iaitu salah satu keajaiban seni bina dunia akan dibuka kembali menjadi sebuah masjid.

Keputusan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Turki mengeluarkan keputusan susulan Majlis Negara mengemukakan petisyen oleh sebuah kumpulan agama yang mahu membatalkan keputusan Kabinet pada 1934 bagi mengubah bangunan itu kepada muzium.

Penukaran status bangunan bersejarah itu kepada masjid menggembirakan jutaan umat Islam di Turki dan seluruh negara, meskipun ia mendapat bantahan dari pelbagai pihak.

Semalam, media melaporkan, puluhan ribu umat Islam membanjiri Hagia Sophia untuk menunaikan solat Jumaat buat kali pertama setelah bangunan itu dibuka semula sebagai masjid selepas 86 tahun.

Malah, Erdogan turut menyertai para jemaah menunaikan solat berkenaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button