Berita UtamaDunia

Culik kemudian pukul cara baharu Zionis takutkan rakyat Palestin

Terbaharu tular video penculikan kanak-kanak berusia 12 tahun

BAITULMAQDIS, 4 Zulhijjah 1441H, Sabtu – Seorang kanak-kanak Palestin berusia 12 tahun diculik askar pengganas Israel yang menyamar, semalam di bandar Issawiya diduduki, lapor agensi berita Palestin, Wafa.

Saksi tempatan berkata, tentera Israel berada di dalam kenderaan orang awam yang mana mereka menculik Moath Ewewi dan mengusirnya ke tempat yang tidak diketahui.

Video tular berdurasi 15 saat di media sosial menunjukkan, kanak-kanak lelaki berkenaan ditarik secara paksa oleh seorang tentera Israel – berpakaian kasual – memasuki sebuah kenderaan, sementara tiga lagi tentera memerhatikan keadaan sekililing.

Bagaimanapun, dilaporkan Moath dilepaskan beberapa jam selepas penculikan itu.

Selepas dibebaskan, mangsa menceritakan pengalaman ditarik pasukan Israel yang menyamar, termasuk bagaimana mereka memukulnya di dalam kenderaan.

Issawiya sering menjadi sasaran Israel termasuk dalam aktiviti penculikan, pencerobohan harian dan penggeledahan rumah, selain mengenakan denda terlalu tinggi kepada penduduk.

Kempen serbuan dan penculikan berkala yang sistematik lagi meluas ini bagi menimbulkan ketakutan di kalangan rakyat Palestin, selain membuatkan mereka terus ditindas adalah pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan, menurut kumpulan hak asasi manusia.

Dalam kejadian berasingan, tentera Israel mengumpulkan tiga rakyat Palestin setelah memecah masuk rumah mereka di bandar Tubas, Tebing Barat yang diduduki, mendakwa mencari orang yang ‘dikehendaki’, sekali gus mencetuskan pergaduhan dengan penduduk.

Meskipun berlakunya krisis coronavirus, penduduk Palestin di Baitulmaqdis menyaksikan peningkatan yang ketara dalam serangan Israel.

Serbuan di rumah dan kempen penangkapan akhir-akhir ini dilihat sebagai usaha untuk memberi lebih banyak tekanan kepada penduduk asal bagi memaksa mereka meninggalkan kota dan membuka jalan untuk projek pendudukan haram Yahudi sahaja. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button