Berita Utama

Rakyat perlu tolak politik dinasor berteras duit, gangster, retorik

BERJASA wadah politik anak muda, tawar solusi masalah negara

BANGI, 4 Zulhijjah 1441H, Sabtu –  Barisan Jemaah Islamiyah Se-Malaysia (BERJASA) mengajak, rakyat tanpa mengira bangsa untuk bersama menolak politik dinasor yang berteraskan duit, gangster dan retorik.

Ketua Angkatan Pemuda Pemudi BERJASA, Hazwan Mohamad berkata, parti itu adalah tempat untuk anak muda yang mempunyai idea dan cakna politik tanah air boleh duduk bersama membangunkan negara.

Oleh itu, beliau mengajak, anak muda yang mempunyai idea membangunkan negara untuk bersama dengan BERJASA, kerana parti itu tidak terikat dengan ‘warlord’, apatah lagi ditaja oleh mana-mana taikun.

“Tidak ada ‘old baggage’ politik lampau. Kita mulakan yang baharu. Ini tempat anak muda cakna politik duduk bersama! Kita angkat tinggi maruah dan prinsip dan kehalusan budi pekerti.

“BERJASA mahu tawar solusi terhadap permasalahan negara menjangkau isu politik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hazwan berkata, BERJASA tidak berkompromi untuk kepentingan pihak tertentu dan memandang serius soal kebajikan serta ekonomi rakyat.

“Kita tidak berkompromi untuk orang kaya terus jadi kaya, si miskin tetap miskin! Berdasarkan kebijaksanaan dalam penggubalan dasar dan polisi.

“BERJASA tidak akan berkompromi dengan pemimpin yang korup peribadinya serta terpalit skandal dan beban moral. Undi calon yang tonjolkan kewibawaan dalam kepimpinan menjadi pegangan,” katanya.

Beliau berkata, BERJASA juga tempat untuk mengenali sejarah ketamadunan bangsa, yang mempunyai satu identiti nasional.

“Maka, perpaduan kaum adalah terasnya. Apabila sebut Malaysia, maka tak kira Melayu, Cina, India mengakui bahawa kita tidak boleh terpisah-pisah sistem pendidikannya, tidak boleh yang kaya terus dibantu sedang yang miskin ditinggal.

“Kesetiaan kepaa agama, bangsa dan negara sebagai rukun kita semua,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button