Berita Utama

COVID-19: 1 kematian dilaporkan selepas seminggu

Kes baharu masih kekal 2 angka iaitu 13 orang dikesan

KUALA LUMPUR, 5 Zulhijjah 1441H, Ahad – Selepas genap seminggu, Malaysia kembali mencatatkan satu kes kematian akibat jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kepada 124 kes, setakat hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu terdapat 13 kes baharu dilaporkan, menjadikan menjadikan jumlah keseluruhan kepada 8,897 kes.

Katanya, kes kematian itu melibatkan seorang wanita warganegara Malaysia (kes ke-8743) berumur 63 tahun, mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan hypercholesterolemia.

“Beliau mempunyai gejala demam dan batuk pada 3 Julai, dan mendapat rawatan pada 9 Julai. Beliau dirujuk ke Hospital Umum Kuching pada hari sama untuk rawatan lanjut, dan ujian COVID-19 didapati positif.

“Keadaan beliau didapati merosot dan kemudiannya semakin tenat. Beliau disahkan meninggal dunia pada 26 Julai, jam 12.04 tengah malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button