Berita Utama

Dakwa tanpa bukti kukuh jejas kredibiliti pendakwa raya

Tindakan itu juga boleh aniaya tertuduh: Khaled Nordin

BANGI, 5 Zulhijjah 1441H, Ahad – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin senada dengan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Talib Othman yang menggesa, agar pendakwaan terhadap seseorang tidak dimulakan melainkan pihak pendakwa raya mempunyai 90 peratus peluang untuk menang dalam kes berkenaan.

Naib Presiden UMNO itu berkata, selain kredibiliti pendakwa raya terjejas, rakyat juga berkemungkinan menganggap tindakan ini adalah berunsurkan politik.

“Saya bersetuju dengan kenyataan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Osman, kerana ia boleh menganiaya orang yang dituduh. 

“Malah, tindakan itu hanya akan menganiaya orang yang dituduh,” katanya dalam tulisan di laman sosial Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Abu Talib yang menyifatkan, senario itu hanya memburukkan kredibiliti pihak pendakwa raya Jabatan Peguam Negara dan mengundang tanggapan negatif masyarakat terhadap sistem perundangan dan kehakiman negara.

Pada masa sama, Abu Talib menegaskan, prosedur menahan suspek sebelum memulakan siasatan oleh pihak berkuasa tanpa sebarang pendakwaan juga tidak seharusnya diamalkan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button