Berita Utama

BN Kedah sedang perinci manifesto

Merangkumi pendidikan, ekonomi, kesejahteraan belia, wanita

ALOR SETAR, 5 Zulhijjah 1444H, Sabtu – Barisan Nasional (BN) Kedah sedang memperincikan manifestonya sebagai tawaran kepada rakyat negeri itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, BN akan memastikan semua perkara dalam manifesto yang ditawarkan itu praktikal dan boleh dilaksana serta diuruskan dengan kadar segera demi kesejahteraan rakyat Kedah.

“Kita telah bincang manifesto baharu bagi memastikan slogan ‘Kalih Bagi Sama’ (tukar bagi sama) dapat dicapai. Buat masa ini, ia masih belum boleh maklumkan lagi kerana sedang diperincikan berikutan ia baharu sahaja dibentangkan dalam mesyuarat tadi.

“Tapi, manifesto ini akan merangkumi semua aspek termasuk berkaitan pendidikan, ekonomi, kesejahteraan kepada golongan belia, wanita termasuk masyarakat India, Cina dan Siam,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, Mahdzir berkata, susun atur kerja di setiap kawasan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) juga telah dibincangkan, yang jentera BN akan menjadi barisan hadapan di kawasan yang ditandingi parti itu dan akan membantu calon PH di kawasan yang ditandingi parti gabungan itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button