Berita UtamaDunia

Beberapa individu ditahan berkait kes keracunan di Iran

Lebih 1,200 pelajar perempuan alami sesak nafas, loya sejak November

TEHRAN, 15 Syaaban 1444H, Rabu – Pihak berkuasa Iran mengumumkan penahanan pertama dibuat berkait misteri kes keracunan membabitkan pelajar perempuan di seluruh negara itu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Majid Mirahmadi berkata, penahanan beberapa individu dibuat di lima wilayah dan agensi penguatkuasaan masih menjalankan siasatan penuh.

Sebelum ini, lebih 1,200 pelajar perempuan dari 60 sekolah di Iran mengalami sesak nafas, keletihan berpanjangan dan loya dipercayai kesan keracunan sejak November tahun lalu.

Bilangan pelajar yang mengalami keracunan meningkat mendadak selepas mendakwa terhidu bau kuat seperti cat.

Kesemua mereka mendakwa mengalami sesak nafas, kebas, lumpuh sementara atau hampir pitam selepas menyedari bau berkenaan.

Sementara itu, badan kehakiman Iran mendakwa tiga media berita dan tiga individu termasuk pelakon, Reza Kianian kerana mengeluarkan kenyataan tidak benar berhubung insiden berkenaan.

Sehingga kini, pihak berkuasa Iran masih belum mengenalpasti punca kejadian.

Pemimpin utama berkata, sekiranya pelajar perempuan sengaja diracun, perbuatan itu adalah jenayah besar dan tidak boleh dimaafkan.- Agensi

Pautan berkaitan;

Iran siasat kes 700 pelajar perempuan keracunan

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button