Berita Utama

Kes terowong: Lim Guan Eng hadir kali ke-3 di SPRM

Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata siasatan berkait pengubahan wang

PUTRAJAYA, 5 Zulhijjah 1441H, Ahad – Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini hadir buat kali ketiga di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Ketibaannya pada 10.42 pagi ditemani peguamnya yang juga Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer bagi memberi keterangan berhubung projek terowong dasar laut yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kali pertama beliau hadir bagi membantu siasatan kes itu ialah pada Rabu lepas yang menyaksikan beliau meninggalkan SPRM pada 7.13 malam, kira-kira tujuh jam selepas dilihat memasuki bangunan tersebut.

Media sebelum ini melaporkan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow serta beberapan Exco dan bekas Exco kerajaan negeri turut diambil keterangan oleh SPRM berhubung siasatan projek bernilai kira-kira RM6.3 bilion itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki pernah dilaporkan berkata siasatan adalah berkaitan pengubahan wang.

Kes itu disiasat oleh SPRM sejak 2017.

Projek berkenaan dirancang semasa Lim menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button