Berita Utama

Masih ada rakyat agungkan penjajah, mana silapnya?

Mereka belajar sejarah, tapi sekadar lihat peristiwa boleh dilupakan

BANGI, 5 Zulhijjah 1441H, Ahad – Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ir Lukman Al Hakim berkata, masih terlalu ramai rakyat yang tidak sedar akan kezaliman serta kesalahan penjajah yang pernah menceroboh Tanah Melayu suatu ketika dahulu.

Lukman berkata, ketika beliau menziarahi Bosnia, Herzegovina beberapa tahun lalu, beliau sempat bertemu dengan seorang anak muda tempatan.

Anak muda itu, katanya, tidak langsung merasakan Serbia bersalah dan melakukan jenayah kemanusiaan terhadap rakyat negaranya pada tahun 1995.

“Saya katakan padanya dia bodoh! Rupanya ramai juga orang bodoh di negara saya sendiri, Malaysia.

“Yang tidak merasakan Portugis, Belanda, Jepun dan British bersalah dan melakukan jenayah terhadap kemanusiaan ketika menjajah dan menzalimi rakyat tanah Melayu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mereka belajar mengenainya, tetapi sekadar melihat semua peristiwa tersebut sebagai sejarah yang boleh dilupakan begitu sahaja.

Lebih menyedihkan lagi, kata Lukman, apabila mereka kini amat mengidolakan cara hidup, produk, budaya malah agama penjajah melebihi identiti asal negara sendiri.

“Mereka sampai ke tahap memperkecilkan bangsa sendiri, yang cekal mempertahankan dan memperjuangkan identiti bangsa dan agama pertiwi dari terus dihancurkan oleh kuasa penjajah, secara licik melalui peperangan psikologi serta penjajahan alaf baharu,” katanya.

Bukan itu sahaja, sebarang agenda dan seruan untuk bersatu menentang budaya luar serta ancaman yang meruntuhkan negara akan dilabel jumud dan ketinggalan, kata Lukman.

“Sehingga saya sendiri keliru, siapa sebenarnya yang bodoh?,” soalnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button