Berita UtamaDunia

Selepas 3 bulan, Vietnam kembali laksana penjarakan sosial

2 kes tempatan baharu COVID-19 dikesan berlaku di negara itu

HANOI, 5 Zulhijjah 1441H, Ahad – Vietnam memperkenalkan semula langkah penjarakan sosial di pusat bandar Danang, hari ini berikutan kes COVID-19 kedua tempatan yang dikesan di sana, lebih tiga bulan selepas kes terakhir dilaporkan di negara itu.

Negara Asia Tenggara itu kembali berwaspada setelah pemerintah semalam mengesahkan jangkitan tempatan yang pertama sejak April, dan satu lagi kes pada awal hari ini, kedua-duanya di Danang, tempat tumpuan pelancong.

Pihak berkuasa tidak memberikan perincian lebih lanjut mengenai bagaimana kedua-dua jangkitan itu diperolehi dan tidak mengatakan apakah mereka dipercayai mempunyai kaitan.

Langkah-langkah penjarakan sosial di bandar ini akan berkuat kuasa sehingga diberitahu lebih lanjut, kata pemerintah dalam satu kenyataan di laman webnya.

Danang akan berhenti menerima pelancong masuk selama 14 hari, sementara semua acara keagamaan, sukan dan budaya ditangguhkan.

Memakai topeng di tempat awam di bandar sekarang adalah wajib dan perhimpunan lebih dari 30 orang di tempat awam dilarang, kata pemerintah.

Pengesanan dua kes baru, yang muncul ketika Vietnam berusaha untuk memulihkan ekonominya dan meneruskan penerbangan komersial antarabangsa, telah mendorong pihak berkuasa untuk meningkatkan tindakan keras terhadap pendatang tanpa izin.

Media negaranya melaporkan, puluhan pendatang dari China telah dikesan di Danang sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Susulan langkah-langkah kuarantin yang ketat dan program ujian yang agresif dan meluas, Vietnam telah menjadikan jumlah wabak hany sebanyak 418 kes – jumlah yang sangat rendah, tanpa kematian.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close