Berita Utama

Tiada maklumat ura-ura kerajaan baharu Sabah

'UMNO Sabah bukan di belakang semua usaha itu': Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Zulhijjah 1441H, Ahad – UMNO Sabah menjelaskan pihaknya tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai ura-ura ada cubaan untuk menubuhkan kerajaan baharu di negeri berkenaan.

“UMNO Sabah bukan di belakang semua usaha itu.. Ia adalah antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti-parti yang ada di Sabah,” kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

“Apa yang saya tahu sekarang adalah untuk memperkuatkan UMNO Sabah bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini, hari ini.

Merujuk kepada perjumpaan dengan Ahmad Zahid, Bung Moktar berkata ia melibatkan pertemuan dengan semua pemimpin UMNO di pelbagai peringkat di seluruh Sabah, selama dua hari sejak semalam, dengan tujuan berbincang mengenai perkembangan politik semasa negara.

“Politik Malaysia kini sudah berubah… siapa sangka kerajaan Pakatan Harapan boleh lumpuh tidak sempai sepenggal pun. Banyak cabaran yang kita perlu hadapi dalam kebiasaan baharu politik dan ia antara lain yang di sampaikan oleh presiden UMNO,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button