Berita Utama

Satu jenazah mangsa diserah kepada keluarga hari ini

Kita akan hubungi keluarga sebelum maklumat didedahkan pada umum

KLANG, 2 Safar 1445H, Sabtu – Satu jenazah mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam akan diserah kepada keluarga hari ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Bagaimanapun, beliau berkata, maklumat lanjut termasuk identiti mangsa juga akan didedahkan hari ini. 

“Kita akan serahkan satu mayat pagi ini… kita akan hubungi keluarga dahulu sebelum maklumat lanjut didedahkan kepada umum,” katanya kepada pemberita di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HATR) Klang malam ini. 

Hussein turut mengadakan mesyuarat dengan pasukan patalogi, Jabatan Kimia, Bahagian Cap Jari Polis Diraja Malaysia Bukit Aman dan pakar ontologi Kementerian Kesihatan berhubung perkembangan proses mengenal pasti identiti mangsa yang terkorban dalam nahas itu.

Beliau berkata, pihaknya juga menghantar sampel ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata proses pengurusan mayat mangsa nahas itu dijangka selesai seawal Isnin ini. 

Tragedi yang berlaku pada 2.48 petang semalam itu menyaksikan sebuah pesawat peribadi terhempas dan mengorbankan kesemua dua kru dan enam penumpang selain meragut nyawa dua pengguna jalan raya masing-masing seorang pemandu e-hailing dan p-hailing. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button