Berita Utama

7 kes hari ini

Kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 179

KUALA LUMPUR, 6 Zulhijjah 1441H, Isnin – Jumlah kes positif COVID-19 kembali mencatatkan satu angka hari ini, iaitu tujuh kes selepas kali terakhir mencatatkan satu angka pada 23 Julai.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 sebanyak 8,904 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 179 kes.

“Daripada tujuh kes baharu, empat kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga warganegara dan satu bukan warganegara yang berkahwin dengan rakyat Malaysia,” katanya semasa sidang akhbar perkembangan COVID-19 hari ini yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sebanyak empat kes import adalah dari Pakistan (satu kes di Sabah); Rusia (satu kes di Selangor); Australia (satu kes di Kuala Lumpur); dan Indonesia (satu kes di Kuala Lumpur).

Dr Noor Hisham turut memaklumkan ketiga-tiga kes penularan tempatan hanya melibatkan warganegara di Sabah. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button