Dunia

Keluarga Palestin terpaksa roboh rumah sendiri

Mahu elak dikenakan kos tak munasabah dari perbandaran Israel

RAMALLAH, 26 Rejab 1443H, Isnin – Sebuah keluarga Palestin dari kejiranan Beit Hanina di Baitulmaqdis terpaksa merobohkan rumah mereka sendiri selepas diarah oleh perbandaran Israel.

Ramzi Shawamreh berkata, dia terpaksa merobohkan rumahnya sendiri selepas majlis perbandaran Israel di Baitulmaqdis Barat mendesak untuk berbuat demikian, kononnya atas alasan dibina tanpa permit.

Katanya, dia tiada pilihan selain terpaksa merobohkan rumah itu untuk mengelak membayar kos perobohan yang tidak munasabah kepada perbandaran Israel.

Shawamreh berkata, rumah yang dirobohkan itu adalah satu-satunya tempat berteduh bagi 7 anggota keluarganya.

Sebelum ini, penduduk Palestin di Baitulmaqdis memberitahu mereka terpaksa membina tanpa permit kerana proses mendapatkan kebenaran daripada majlis perbandaran Israel adalah mustahil.

Ini kerana, majlis bandar raya berhaluan kanan seluruh Israel cuba untuk memastikan penduduk Palestin di bandar itu berkurang, dan menambah penduduk Yahudi menerusi kelulusan ribuan unit penempatan haram.

Hampir 75 peratus permohonan untuk mendapatkan permit oleh warga Palestin di Baitulmaqdis ditolak majlis perbandaran Israel, menurut kumpulan hak asasi manusia.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button