Berita UtamaDunia

Persatuan Jurutera Jordan mula kempen cari dana bangunkan semula Jenin

Bangunan dimusnahkan rejim pengganas Israel akan dibina semula

AMMAN, 17 Zulhijjah 1444H, Khamis – Persatuan Jurutera Jordan merancang untuk memulakan kempen mengumpul dana bagi pembinaan semula bandar Jenin di Tebing Barat dan kem pelariannya.

Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Persatuan Jurutera Jordan dan Ketua Jawatankuasa Tinggi Pembinaan di Palestin, Jurutera Ahmad Samara Zubi.

Beliau berkata, Jawatankuasa Tinggi merancang untuk menganjurkan kempen mengumpul dana dalam masa terdekat untuk membina semula apa yang telah dimusnahkan oleh rejim Zionis Israel di Jenin Isnin, lalu.

“Solidariti terhadap rakyat Palestin akan dilakukan dengan pelbagai aktiviti termasuk membina semula bangunan yang akan diuruskan Jawatankuasa Tinggi Pembinaan di Palestin,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Samara melahirkan rasa bangga dengan pejuang Palestin yang tidak gentar terlibat dalam pertempuran bagi membela tanah air dan masyarakat Islam, sekali gus mempertahan hak daripada pengganas yang zalim. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button