Berita Utama

Bidas logo halal: Hua Zong takut dengan BMF?

Awas! Jangan masuk campur dalam urusan umat Islam

BANGI, 7 Zulhijjah 1441H, Selasa – Bantahan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) terhadap kempen tukar logo halal yang sedang tular ketika ini menunjukkan betapa gentarnya mereka akan kebangkitan gelombang baharu ekonomi umat Islam.

Sebelum ini, Presiden Hua Zong, Tan Sri Goh Tian Chuan meminta kerajaan dapat mengambil berat dan menyekat kempen mengkategorikan logo halal itu.

Katanya, ia bukan sahaja tidak sesuai dengan keadaan negara dan merosakkan suasana perniagaan, tetapi turut mewujudkan halangan dan sekatan untuk produk halal Malaysia memasuki pasaran antarabangsa.

Tian Chuan berkata, perdagangan dalam pasaran halal tidak harus menjadi berunsur perkauman dan keagamaan ekstrem.

Membidas kenyataan itu, Naib Pengerusi Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA), Cikgu Izzat Johari menjelaskan, untuk makluman Hua Zong, cadangan tersebut hanya jentikan idea netizen semata-mata dan bukan sesuatu yang rasmi dari pihak kempen Beli Produk Muslim (BMF). 

Pun begitu, beliau mempersoalkan, mengapa Hua Zong perlu melatah sehingga mengeluarkan kenyataan di media yang mengguris hati umat Islam.

“Jelas menunjukkan Hua Zong telah menzahirkan ‘ketakutan’ mereka kepada Kempen BMF Malaysia yang sekarangnya dianjur urus oleh PEMBELA.

“Soalan PEMBELA kembali kepada Hua Zong, siapa mereka mahu masuk campur bidang kuasa Islam? Adakah Hua Zong mahu mencabar umat Islam?

“Kepada Hua Zong, awas! Jangan masuk campur urusan umat Islam di Malaysia,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Sebelum ini, tular poster kempen tukar logo halal yang memaparkan logo itu diasingkan kepada tiga jenis warna iaitu hijau, jingga dan ungu.

Warna hijau dicadangkan untuk perusahaan yang dimiliki 100 peratus oleh muslim, jingga untuk perusahaan milikan bersama muslim dan bukan muslim, sementara ungu untuk perusahaan milikan penuh bukan Muslim.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button