Berita Utama

COVID-19: Kes baharu melonjak kembali

Terus catat dua angka dengan kes baharu hari ini 39

KUALA LUMPUR, 7 Zulhijjah 1441H, Selasa – Sehari selepas jumlah kes baharu positif COVID-19 mencatat satu angka, jumlah hari ini kembali melonjak kepada dua angka melibatkan 39 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 sebanyak 8,943 kes dan bilangan kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 212 kes.

“Daripada 39 kes baharu dilaporkan, 11 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan empat warganegara dan tujuh bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan media berhubung perkembangan COVID-19, hari ini.

Beliau menjelaskan 11 kes import itu dari Arab Saudi (satu kes di Sabah); Ireland (satu kes di Kuala Lumpur); Korea Selatan (dua kes: satu kes di Sarawak, satu kes di Kuala Lumpur); India (satu kes di Kedah); Rusia (satu kes di Kuala Lumpur); Amerika Syarikat (satu kes di Kuala Lumpur); Amerika Selatan (satu kes di Sarawak); United Kingdom (dua kes di Sarawak); dan Filipina (satu kes di Labuan).

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata daripada 28 kes penularan tempatan, 22 kes melibatkan warganegara dan enam kes dalam kalangan bukan warganegara. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button