Berita Utama

Mahkamah tolak permohonan tangguh rayuan kurang hukuman

Tertuduh perlu beri alasan menjustifikasikan penangguhan

KUALA LUMPUR, 7 Zulhijjah 1441H, Selasa – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendengar rayuan bagi mengurangkan hukuman pada Isnin depan.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata beliau menerima hujah bahawa terdapat situasi yang membolehkan pendengaran rayuan bagi mengurangkan hukuman ditangguhkan namun tertuduh perlu memberikan alasan yang munasabah bagi menjustifikasikan penangguhan itu.

“Saya tidak menganggap hujah yang diberikan ada justifikasi. Tertuduh masih mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan, oleh itu mahkamah ini akan meneruskan prosiding dengan mendengar rayuan tertuduh bagi mengurangkan hukuman,” kata Mohd Nazlan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button