Berita Utama

Najib didapati bersalah salah satu pertuduhan

Pihak pembelaan gagal timbul keraguan munasabah

KUALA LUMPUR, 7 Zulhijjah 1441H, Selasa – Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah atas salah satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan berkenaan.

Sebelum ini, Najib yang juga bekas Perdana Menteri, 67, didakwa atas pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman hukuman mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai rasuah atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Setakat ini Mohd Nazlan masih membaca enam lagi pertuduhan yang dikenakan ke atas Najib.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button