Berita Utama

Najib tidak bertindak

Bekas Perdana Menteri perlu pulang wang bukan dari derma Arab Saudi

KUALA LUMPUR, 7 Zulhijjah 1441H, Selasa – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya mengambil tindakan memulangkan wang yang diketahui sumbernya bukanlah melalui derma dari Arab Saudi.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam penghakiman berkata, Najib sebaliknya tidak mengambil sebarang tindakan berhubung perkara berkenaan.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Pekan itu juga sepatutnya mengetahui baki dalam akaunnya berdasarkan hujahan pembelaan bahawa ahli perniagaan Jho Low dan bekas Ketua Setiausaha Peribadinya, Allahyarham arwah Datuk Seri Azlin Alias, menguruskan akaunnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button