Berita UtamaDunia

Pelampau Yahudi bakar masjid di Tebing Barat

Turut conteng slogan perkauman hina orang Arab, Islam di masjid

BAITULMAQDIS, 7 Zulhijjah 1441H, Selasa– Sekumpulan penduduk haram Israel bertindak, biadab membakar sebuah masjid di Tebing Barat, dalam satu serangan tanda harga atau ‘price tag attacks’.

Sumber Palestin yang enggan dikenali berkata, pelampau Yahudi telah menyerbu bandar al-Bireh, yang terletak 15 kilometer dari Utara Baitulmaqdis al-Quds pada awal pagi Isnin.

Bukan itu sahaja, penduduk haram juga menconteng slogan-slogan perkauman menghina orang Arab dan Islam di dinding-dinding masjid, sebelum bertindak membakarnya.

Bagaimanapun, penduduk tempatan yang menyedari kebakaran itu bergegas ke lokasi dan berjaya memadamkannya.

Sementara itu, Kementerian Awqaf dan Hal Ehwal Agama Palestin mengecam, serangan itu selain menyifatkan rejim Tel Aviv sebagai rasis.

Kementerian itu turut mendakwa, rejim pengganas Zionis menyokong kumpulan penduduk haram itu apabila sengaja membiarkan serangan tanda harga itu berterusan berlaku.

Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh turut mengecam serangan berkenaan sebagai tindakan jenayah dan menegaskan, rejim Zionis perlu bertanggungjawab ke atas tindakan vandalisme itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button