Berita Utama

RUU355: Keutamaan sekarang adalah ekonomi, COVID-19

PAS sanggup tunggu tempoh masa lama pinda RUU355

KOTA BHARU, 7 Zulhijjah 1441H, Selasa – PAS tidak pernah berhenti memperjuangkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 kerana itu adalah cita-cita parti berkenaan sejak sekian lama.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, bagaimanapun, buat masa ini keutamaan PAS adalah untuk memulihkan kembali keadaan ekonomi yang terkesan dengan penularan pandemik COVID-19.

“Keutamaan hari ini adalah masalah ekonomi dan wabak COVID-19, itu yang perlu diselesaikan sekarang kerana ia kebimbangan yang paling utama. Lepas itu kita pergilah peringkat demi peringkat, bukan bermakna kita berhenti (perjuangkan RUU 355),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di perkarangan Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, PAS sanggup menunggu untuk satu tempoh masa yang lama bagi meminda perkara berkaitan rang undang-undang itu. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button