Berita Utama

Bincang masukkan aspek kesihatan awam dalam silibus pendidikan

Kawasan sekolah masih selamat, yang penting jaga SOP: Dr Hisham

BANGI, 8 Zulhijjah 1441H, Rabu – Institusi sekolah masih lagi diisytiharkan sebagai kawasan selamat daripada wabak COVID-19.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada jaminan keselamatan di luar kawasan sekolah.

Katanya, jika pihaknya mengesan kes jangkitan berlaku dalam kawasan sekolah, institusi terbabit boleh diambil tindakan menutup sekolah.

“Dari tarikh 10 Jun lalu, tiada kes (jangkitan COVID-19) dikesan di sekolah. Sekolah masih kawasan selamat. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan memastikan semua menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan jaga cara berinteraksi di sekolah.

“Isu sekarang ini ialah (jangkitan) di luar sekolah. Contohnya, selepas sekolah, ramai berkumpul untuk balik,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menangani kesesakan di luar sekolah terutama selepas tamat sesi pembelajaran.

“Mungkin boleh lepaskan (murid pulang) secara berperingkat, maka kita boleh kurangkan risiko,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Pada masa sama katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang berbincang dengan KPM untuk memasukkan aspek kesihatan awam dalam silibus pembelajaran.

“Kita telah ambil tindakan untuk masukkan silibus kesihatan awam,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button