Berita UtamaDunia

Uyghur terus ditindas, dunia perlu bersama kalahkan musuh

PBB perlu tubuh suruhanjaya selidik kekejaman dilakukan China

WASHINGTON, 8 Zulhijjah 1441H, Rabu – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) wajar menubuhkan suruhanjaya bebas – sebaiknya berunding dengan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) – untuk menyelidik kekejaman China terhadap etnik Islam Uyghur.

Aktivis Uyghur, Rushan Abbas berkata, terdapat banyak tindakan yang perlu diambil dan harus diingat bahawa ini bukan hanya musibah Uyghur, tetapi ujian kemanusiaan.

Katanya, ketika China secara terang-terangan terus melakukan kejahatan terhadap Uyghur atas nama homogenisasi, masyarakat menyedari cara Beijing menggunakan perang global terhadap keganasan selepas serangan 9/11 sebagai dalih untuk melakukan penghapusan puak etnik.

“Ironinya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan semua negara majoriti muslim khususnya sama sekali tidak menunjukkan minat terhadap kesejahteraan umat Islam Uyghur kerana mereka juga menjadi mangsa kempen besar-besaran pembohongan China.

“Adalah penting negara-negara Islam, dan saudara-saudari Islam kita bangun dan berdiri bersama kami sebelum mereka juga dihambakan seperti kami.

“Uyghur pada hari ini adalah gambaran masa depan mereka ketika China melancarkan perang terhadap Islam dan mengumumkan kepada dunia bahawa mereka menulis semula al-Quran,” katanya dalam satu kenyataan.

Rushan berkata, ketika China terus menerus melakukan kekejaman, negara-negara bertamadun di dunia harus mengalahkan musuh bersama.

“Dalam hal ini, pandangan dunia terhadap rejim China yang membenarkan penggunaan kem konsentrasi dan perhambaan menjadikan tingkah laku ini boleh diterima bahkan dihargai di era moden ini dengan mengadakan pertandingan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

“Kita tidak harus lagi mengabadikan kepercayaan bahawa memutuskan hubungan dari China adalah mahal.

“Berapakah kos hidup manusia? Berapakah kos keseluruhan etnik, bangsa saya? Sebaliknya, terlalu mahal untuk terus menjalin hubungan baik dengan China!,” tegasnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button