Berita UtamaDunia

Kes COVID-19 dunia cecah 17 juta

Jumlah kematian 667,084, kes pulih sebanyak 9.95 juta

ISTANBUL, 9 Zulhijjah 1441H, Khamis – Kes COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 17 juta pada Khamis, lapor agensi berita Anadolu berdasarkan data Johns Hopkins University.

Jumlah korban pula mencecah 667,084, dengan kes pulih sebanyak 9.95 juta.

Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk diancam dengan lebih 4.4 juta jangkitan, sementara jumlah kematian melebihi 150,700 orang.

Brazil, mempunyai kes jangkitan dan kematian terbanyak di Amerika Latin. Negara ini juga merekodkan kes jangkitan kedua tertinggi di dunia iaitu lebih 2.5 juta.

India, Rusia, Afrika Selatan, Mexico antara negara paling teruk terjejas.

China, negara pertama menularnya wabak COVID-19, mencatatkan 87,213 kes setakat ini, termasuk 4,658 kematian dan 80,594 pesakit sembuh.

Virus maut itu sudah merebak ke sekurang-kurangnya 188 negara dan wilayah sejak akhir tahun lalu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button