Berita UtamaDunia

Pegawai penjara Israel positif COVID-19, dua tahanan Palestin dikuarantin

Mahkamah Israel tolak petisyen beri perlindungan kepada tahanan

TEL AVIV, 9 Zulhijjah 1441H, Khamis – Dua tahanan di penjara Ramon telah dikuarantin setelah pengumuman darurat diumumkan, lapor agensi berita Wafa.

Wabak COVID-19 dikhuatiri menular lebih cepat berikutan keadaan penjara yang tertutup.

Menurut Palestin Chronicle, perkara itu dibangkitkan apabila dua penjaga penjara Israel disahkan positif wabak berkenaan.

Kedua-dua pegawai penjara itu menjalani ujian COVID-19 setelah tahanan Palestin Mohammad al-Hazeen didapati positif virus itu, sehari selepas beliau dibebaskan dari penjara sama.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Israel pada minggu lalu memutuskan bahawa tahanan Palestin tidak berhak mendapat perlindungan sosial akibat wabak COVID-19.

Mahkamah berkenaan menolak petisyen dilancarkan Pusat Undang-Undang untuk hak minoriti Arab, Adalah yang menggesa rejim Tel Aviv melaksanakan garis panduan perlindungan COVID-19 untuk 450 tahanan Palestin di penjara Gilboa.

Kira-kira 222 tahanan Palestin dilaporkan maut di penjara Israel sejak 1967, manakala lima daripadanya meninggal dunia pada tahun ini.

Menurut angka rasmi Palestin, lebih dari 5,500 rakyat negara itu kini dipenjarakan di seluruh Israel. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button