Pendapat

Belanjawan 2020, komprehensif dan terkawal

Tapi tiada ‘wow factor’ yang boleh dibanggakan

BELANJAWAN 2021 yang dibentangkan mencatatkan rekod sebagai belanjawan terbesar dalam sejarah negara. Tetapi adakah ia cukup untuk menangani situasi ekonomi Malaysia yang sedang berperang mengawal penularan COVID-19.

2. Secara umumnya, ia adalah belanjawan komprehensif yang menyentuh semua sektor kritikal dalam masa memberi perhatian khusus kepada golongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 iaitu B40 dan PKS.

3. Sungguhpun begitu, belanjawan 2021 tiada ‘wow factor’ (istimewa) yang boleh dibanggakan. Ini kerana:

i) Kerajaan masih lagi berkira-kira untuk berbelanja lebih kepada rakyat sebagai contoh; Bantuan Prihatin Rakyat tidak jauh beza dengan BRIM dan BSH dari sudut jumlah per keluarga walaupun jumlah kumulatif meningkat 1.5billion daripada tahun lepas.

ii) Pengeluaran akaun 1 KWSP hanya terhad kepada RM500 untuk 12 bulan. Ini merupakan duit simpanan pencarum sendiri dan bukannya bantuan bersasar kerajaan.

iii) Program Subsidi Upah bersasar terhad kepada RM600 setiap pekerja berkurang berbanding RM1,200 semasa Prihatin PKS Plus. Ini penting kerana dianggarkan 850 ribu orang akan kehilangan pekerja dan akan terus meningkat jika bantuan kerajaan tidak mencukupi.

4. Dalam tempoh yang sukar ini, kerajaan perlu bersifat pemurah dengan memberikan lebih banyak duit secara terus kepada golongan yang susah dan terkesan dengan COVID-19 supaya mereka dapat berbelanja dan seterusnya merangsang ekonomi.

5. Ini juga boleh dilihat apabila kerajaan cuba untuk mengurangkan kadar defisit daripada 6 peratus kepada 5.4 peratus menggambarkan seolah-olah kerajaan amat berhati-hati dalam perbelanjaan. Kemungkinan teori ekonomi berkenaan defisit adalah tidak relevan dalam mendepani situasi yang luar biasa ini.

6. Namun ada beberapa inisiatif yang harus dipuji seperti memperkukuhkan sektor pertanian dan pendigitalan yang amat perlu dalam menghadapi situasi COVID- 19.

Ustaz Ibrahim Hassan al-Hafiz
Pemerhati politik

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button