Berita UtamaDunia

2,400 penduduk terpaksa tinggalkan rumah gunung berapi meletus

Gunung berapi Taal terkecil, namun paling aktif di Filipina

MANILA, 22 Zulkaedah 1442H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 2,400 penduduk meninggalkan kediaman mereka susulan khuatir letusan gunung berapi yang mengeluarkan gas beracun sulfur dioksida (SO2) berhampiran ibu negara Filipina.

Gunung berapi Taal yang terletak di tengah-tengah tasik itu juga menyebabkan kabus tebal di Manila dan beberapa wilayah di sekitarnya.

Ia adalah gunung berapi terkecil tetapi paling aktif di negara itu, dengan sejarah letupan yang pernah mengorbankan nyawa.

Pejabat provinsi Joselito Castro berkata, pihaknya berharap supaya lebih ramai penduduk akan berpindah mencari tempat perlindungan sama ada di sekolah yang ditutup akibat wabak Coronavirus mahupun di rumah saudara-mara.

Selain itu, pegawai pertahanan awam turut memberi amaran bahawa lebih dari 317,000 orang mungkin terdedah kepada pelepasan gas toksik dari gunung berapi itu.

Gunung berapi itu meletus kali terakhir pada Januari 2020, dengan asap dikeluarkan setinggi 15 kilometer dan memuntahkan lava-lava panas yang memusnahkan banyak rumah, membunuh binatang ternakan serta mengakibatkan 135,000 orang berpindah ke tempat perlindungan.-Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button