Berita Utama

UMNO tarik diri dari PN, akan perkasa MN bersama PAS

Serah kepada JK Induk pertimbang hasrat BERSATU sertai MN

BANGI, 9 Zulhijjah 1441H, Khamis – UMNO memutuskan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN), sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN).

Perkara itu dimaklumkan Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, UMNO akan memperkasakan MN bersama-sama dengan PAS dan komponen Barisan Nasional (BN).

“Sokongan kepada kerajaan PN hanya berlandaskan sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan BN serta ADUN-ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan bersama Ahli-ahli Parlimen BN pada tengah hari semalam, telah menyatakan hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menyertai MN.

Zahid berkata, pihaknya akan membincangkan hasrat berkenaan bersama PAS untuk diperhalusi.

“Jawatankuasa Induk MN sebelum ini telah memutuskan untuk UMNO dan PAS memberi keutamaan bagi memperkukuhkan MN.

“Saya akan menyerahkan kepada JK Induk MN untuk mempertimbangkan hasrat BERSATU sekiranya berkemampuan memperkukuhkan lagi MN demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button