Berita UtamaDunia

Doakan kesejahteraan Uyghur, berjuta orang jadi hamba China

Ingatilah penderitaan Uyghur, perlu sokongan masyarakat dunia

BEIJING, 10 Zulhijjah 1441H, Jumaat – ‘Kempen Untuk Uyghur’ – meminta umat Islam yang menyambut Hari Raya Korban (Aidiladha) hari ini mengingati penderitaan etnik Islam di wilayah Xinjiang yang miskin serta memerlukan bantuan masyarakat dunia.

Kempen itu juga meminta masyarakat Islam untuk bertindak mengenal penindasan dan penderitaan umat Islam Uyghur, serta menggesa para pemimpin mereka bertanggungjawab untuk campur tangan dan mengakhiri pembabitan muslim dalam jenayah rejim atheis China terhadap mereka.

Pengarah Eksekutif Kempen untuk Uyghur, Rushan Abbas berkata, genosid dilakukan China terhadap Uyghur dan perang terhadap Islam hanyalah gambaran awal mengenai apa yang akan berlaku kepada seluruh dunia jika ia terus tidak diperiksa.

“Adalah penting kita bersatu menentang pemerintah China yang menganggap kepelbagaian, budaya, dan agama sebagai musuh. Perkara-perkara itulah yang menjadikan kita unik.

“Mereka yang memilih untuk mendapat keuntungan dari tangan penindas yang berperang melawan Islam, tentunya jahat di sisi Allah,” kata dalam satu kenyataan.

Pada Aidiladha ini, beliau turut meminta umat Islam mendoakan kesejahteraan Uyghur dalam doa mereka.

“Hari Raya Aidiladha tidak dapat dirai oleh etnik Ughyur. Bagaimana mereka boleh raikan?

“Sedangkan berjuta-juta orang terkurung dalam penjara, didera, dipukul, dicuci pemikiran, dibunuh, dan berjuta-juta lagi dihambakan.

“Kita mesti bersama-sama menentang genosid ini dan memastikan apa yang telah berlaku kepada Ughyur tidak akan berulang lagi…,” katanya.

Beliau turut berharap pengikut Islam terus berkembang, dan dengan rendah hati meminta seluruh umat mengingati saudara-saudara Uyghur pada hari istimewa ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button