Berita UtamaDunia

Jordan gesa penjajah Israel hormat kesucian al-Aqsa

Kecam tindakan rejim Zionis benar pelampau Yahudi serang masjid

DUBAI, 10 Zulhijjah 1441H, Jumaat – Pemerintah Jordan menggesa negara haram Israel menghormati kesucian masjid al-Aqsa selepas dibuka semula baru-baru ini.

Masjid al-Aqsa yang terletak di Baitulmaqdis al-Quds sebelum ini ditutup selama dua bulan akibat pandemik COVID-19.

Dalam satu catatan diplomatik ke Tel Aviv, Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat Jordan berkata, Israel yang bertindak sebagai penjajah perlu menghormati kesucian Masjid al-Aqsa dan perkarangan Haram al-Sharif.

Perkarangan Haram al-Sharif, dikenali oleh Yahudi sebagai Temple Mount, menempatkan Kubah Batu dan Masjid Al Aqsa.

Pada masa sama, kementerian itu turut mendesak Israel menghentikan segala provokasi dan penindasan di sana, lapor agensi berita Petra.

Jurucakap kementerian itu, Deifallah Al-Fayez mengecam semua jenayah berterusan oleh rejim Zionis di masjid dan terbaharu, mereka membenarkan puak pelampau Yahudi menyerang masjid.

Al-Aqsa adalah tempat ibadat khas untuk umat Islam dan Jabatan Awqaf Baitulmaqdis yang terletak di Jordan adalah satu-satunya institusi yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal masjid, kata Deifallah.

Selain itu, Deifallah turut menyeru masyarakat global untuk memberi tekanan kepada Israel bagi menghentikan sebarang pelanggaran terhadap status quo al-Aqsa. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close