Berita UtamaPendapat

Keikhlasan dalam ibadah korban

Ibadah korban seharusnya mendidik kita jadi mukmin yang ikhlas

MENURUT al-Imam Ibn Kathir, masyarakat Jahiliah terdahulu sering melumurkan darah sembelihan korban mereka di dinding Kaabah. Mereka berharap agar Allah menerimanya melalui perbuatan sedemikian. Lalu ada di kalangan sahabat Nabi yang berhasrat untuk melakukan seperti demikian. Salah faham ini telah diperbetulkan oleh Allah melalui ayat al-Quran.

2. Allah menurunkan ayat dari al-Quran memperbaiki kefahaman mereka dengan menegaskan bahawa bukan darah atau daging yang kamu persembahkan itu yang akan sampai kepada Allah tetapi keikhlasan dan kualiti taqwa itu yang akan dinilai oleh Allah. Firman Allah:

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu.” (Surah al-Hajj: 37)

3. Ini bererti ibadah korban seharusnya mendidik kita menjadi mukmin yang ikhlas. Seorang muslim melakukan ibadah bukan kerana ingin diperhatikan oleh manusia, bahkan seluruh amalnya hanya kerana Allah.

4. Dengan sebab itu al-Fudhail bin Iyyad meletakkan satu tanda aras yang sangat tinggi dalam perihal ikhlas bagi memastikan muslim benar-benar membersihkan jiwa dan amalnya hanya untuk Allah. Kata al-Fudhail bin Iyyad:

ترك العمل لأجل الناس رياء, والعمل لأجل الناس شرك, والإخلاص أن يعافيك الله منهما

“Sesungguhnya meninggalkan sesuatu amalan kerana disebabkan oleh manusia adalah riyak dan beramal kerana manusia boleh membawanya kepada syirik. Sesungguhnya ikhlas itu adalah Allah menyelamatkan kamu dari keduanya (kedua kesalahan riyal dan syirik tersebut).”

Semoga Allah membimbing kita

Dr Ahmad Sanusi Azmi

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button