Berita UtamaDunia

Mesir catat 321 jangkitan baharu, terendah sejak 3 Mei

Denda kira-kira AS$250 terhadap individu tak pakai pelitup muka di khalayak

CAIRO, 11 Zulhijjah 1441H, Sabtu – Sebanyak 321 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan Mesir pada Jumaat, sekali gus menjadikannya angka terendah sejak 3 Mei lalu.

Kementerian Kesihatan Mesir dalam satu kenyataan berkata, 94,078 kes pandemik telah dilaporkan di negara itu, di mana 39,638 telah pulih, manakala sebanyak 4,188 kematian dicatatkan termasuk 31 kematian terbaharu semalam.

Pihak berkuasa negara itu mengenakan denda kira-kira AS$250 ke atas mana-mana individu yang tidak memakai topeng muka di khalayak.

Mesir membenarkan semula penerbangan antarabangsa dan membuka kembali tempat tarikan pelancongan utama termasuk Piramid Besar Giza mulai mulai 1 Julai setelah penutupannya selama tiga bulan akibat pandemik COVID-19.

Negara itu menutup lapangan terbangnya untuk penerbangan antarabangsa dan tempat bersejarah yang terkenal pada pertengahan Mac, ketika kerajaan berusaha membendung penularan wabak berkenaan.

Penutupan itu menyebabkan industri pelancongan yang menyumbang lima peratus daripada sumber ekonomi dan 15 peratus pekerjaan serta pelaburan terhenti. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button