Berita UtamaIstimewa

BERJASA rebut kerusi UMNO, PAS jika bacul dengan MCA, MIC

Atur langkah sebagai parti harapan berbekal aset calon wibawa, berintegriti

BANGI, 26 Muharram 1442H, Isnin – Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) memutuskan untuk bertanding di kawasan tradisi UMNO dan PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Keputusan itu dibuat sekiranya parti-parti Melayu itu ‘bacul’ di depan MCA dan MIC, kata Naib Presiden BERJASA, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman.

“BERJASA bukan lagi sekadar parti yang bertanding di kawasan majoriti Melayu yang diberi kepada calon MCA dan MIC, seperti pada PRU-13.

“Kawasan-kawasan itu tetap dalam senarai BERJASA, namun kebaculan parti-parti Melayu di depan MCA dan MIC menyebabkan BERJASA membuat keputusan untuk menyasarkan kawasan tradisi calon UMNO dan PAS juga,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengakui kemenangan mungkin sukar dicapai pada PRU15, tetapi langkah untuk muncul sebagai parti harapan seluruh anak watan pada PRU-16 dan PRU-17 perlu dimulakan sekarang.

“BERJASA menyusun langkah maju ke hadapan berbekalkan aset calon yang berwibawa dan berintegriti. Jujur setia pada agama, bangsa dan negara,” katanya.

Sabtu lalu, BERJASA secara rasmi melancarkan wajah baharu sebagai proses peremajaan bagi menghadapi survival politik yang lebih panjang.

Penjenamaan semula ini dilakukan secara besar-besaran setelah 47 tahun ditubuhkan pada tahun 1997.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button