Berita Utama
7 cedera, bot terbakar di Semporna
Minyak dalam tangki bot bercampur air penyebab letupan
SEMPORNA, 12 Zulhijjah 1441H, Ahad – Tujuh penumpang cedera apabila sebuah bot dipercayai bot pelancong terbakar selepas berlaku satu letupan, kira-kira 1 tengah hari, di sini, hari ini.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku ketika kerja-kerja memindahkan minyak petrol dilakukan dari tangki minyak bot ke dalam gelen.
Namun, minyak dalam tangki bot yang bercampur air disyaki penyebab berlakunya satu letupan sehingga mengakibatkan tujuh penumpang bot melecur hampir keseluruhan badan.
Difahamkan, dua mangsa mengalami kecederaan kritikal manakala lima lagi separa kritikal dan kini dirawat di Hospital Tawau.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass ketika dihubungi pemberita mengesahkan kejadian berkenaan. -Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.